Ikuti langkah mudah ini untuk check peralatan komunikasi anda. Ada label MCMC barulah selamat!
#AdaLabelAndaSelamat
#CheckJanganTakCheck
#CheckYourLabel
#MCMC
(Sumber : MCMC)
MCMC bersama-sama syarikat telekomunikasi sentiasa memastikan rakyat akan terus dapat menikmati perkhidmatan internet berkapasiti 1GB secara percuma setiap hari sehingga 31 Disember 2020 di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Kerajaan sangat komited untuk memastikan kelangsungan kehidupan harian berterusan dalam mendepani cabaran norma baharu terutamanya dalam aspek pekerjaan, pendidikan, persidangan video, mahupun perkhidmatan berkaitan maklumat.
#MalaysiaPrihatin
#MCMC
#PENJANA
#PKPB
#PKPD
#Telekomunikasi
PENGGUNAAN BEBERAPA WARNA GELANG PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN DI RUMAH
Gelang HSO adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) secara pentadbiran.
Untuk makluman semua, selain gelang berwarna merah jambu, terdapat juga gelang berwarna putih, biru, merah atau kuning yang digunakan. Pemakaian warna gelang kepada individu yang perlu dikuarantin tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Tempat dan tarikh saringan dilakukan akan ditulis pada gelang tersebut. Individu yang telah dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat.
Gelang kuarantin hanya boleh dipotong oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat setelah tempoh kuarantin tamat. Sekiranya masih terdapat individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, laporkan ke pejabat polis atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.
Pemakai gelang HSO ini berpotensi menularkan jangkitan COVID-19.
Individu yang ingkar arahan ini boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat di sekelilingnya. Kepatuhan individu yang dipakaikan gelang HSO untuk kekal berada di rumah sangat dihargai .
#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Bersama kita budayakan norma baharu menggunakan pendekatan CAPP dengan mensasarkan individu, keluarga & komuniti dalam mencegah penularan COVID-19.
#JaPenSelangor #Covid19 #KitaMestiMenang #LandaikanKeluk #KitaJagaKita #SelangorGempurCovid19
(Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Selangor)
Sekirannya anda adalah kontak rapat kepada kes Positif COVID-19, Aplikasi Mysejahtera atau Jabatan Kesihatan akan menghubungi anda. Sekirannya anda tidak dihubungi, anda adalah bukan kontak rapat yang berisiko.
Bertenang, Amalkan SOP yang disarankan oleh KKM dengan disiplin dan teruskan menggunakan Aplikasi Mysejahtera.
Peringatan in dibawakan oleh #MySejahtera.
(Sumber : KKM)