Kelab Petanque Komuniti Rumah Kayu ini baru diasaskan oleh En Talha Bin Nawari selaku penaung Persatuan Kelab Petangue dan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Seramai 24 orang telah berdaftar di bawah kelab ini dan satu kejohanan telah dianjurkan pada  4 hingga 5 Oktober 2019 dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sabak Bernam.

Kejohanan ini bersempena Bulan Sukan Negara yang diadakan di Arena Petanque Komuniti Rumah Kayu. Kejohanan yang pertama kali diadakan ini diharap dapat melahirkan lebih ramai ahli petanque dan bakat muda yang baru bagi sukan ini.

Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Kampung Sungai Limau ditubuhkan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama komuniti di kampung ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti Program Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62. Berkolaborasi bersama Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, Tabika Kemas Othmaniah dan Komiti Sungai Limau.

Program seperti ini dapat menyemai semangat patriotik dikalangan anak muda dan menyuntik rasa cintakan negara di dalam hati komuniti setempat.

 

 

KUMPULAN WANITA FARDHU AIN KG TEBUK HAJI YUSUF

 

Kumpulan wanita ini ditubuhkan bagi menyebarkan ilmu berkaitan Islam dan turut mengajar sambil mendalami pengajian Al-Quran serta mengeratkan silaturrahim di antara golongan wanita di kampung ini. Kelas fardhu ain ini mempunyai seramai 20 orang ahli dan diadakan pada setiap Isnin pada pukul 9 pagi hingga 11 pagi yang diketuai oleh Hajah Zabedah Binti Jusoh.

 

AKTIVITI BERSAMA PI TEBUK HAJI YUSUF

KELAS ASAS PENGENALAN KOMPUTER & INTERNET

 

Kebanyakan peserta wanita yang menyertai kelas ini tidak mempunyai kemahiran ICT. Adalah tanggungjawab petugas PI untuk mengajar dan memberi pengenalan tentang komputer dan cara-cara menggunakannya. 

 

 

 

 

Di Kampung Sungai Limau ini terdapat dua kelab belia. Diantaranya:

  • Kelab Belia Bakti Sungai Limau
  • Kelab Belia Padi Tebuk Haji Yusuf

 

Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti yang melibatkan komuniti membantu orang kampung dari segi sokongan moral dan material.

 

 

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN

KAMPUNG PERSEKUTUAN ( JKKKP )

 

 

NAMA KAMPUNG : SUNGAI LIMAU (KARIAH TEBUK HAJI YUSUF)

JENIS KAMPUNG : KAMPUNG TRADISIONAL

MUKIM : PANCHANG BEDENA

DAERAH : SABAK BERNAM

NEGERI : SELANGOR DARUL EHSAN

PARLIMEN : SUNGAI BESAR

DUN : SUNGAI PANJANG

 

 

JKKK