pakej rangsangan

 PM umum Pakej PRIHATIN PKS (Tambahan) bernilai RM10 bilion sebagai manfaat tambahan kepada PKS

📌 Bayaran Prihatin dibuat mulai hari ini bagi yang layak - PM Muhyiddin

📌 PRIHATIN: Bagi yang layak untuk terima bantuan tetapi nama tiada dalam rekod LHDN, boleh buat permohonan baharu - PM Muhyiddin

📌 Sektor PKS sumbang lebih dua pertiga jumlah pekerjaan dalam negara dan hampir 40 peratus kepada ekonomi negara. - PM Muhyiddin

📌 PKS tunjang ekonomi negara, penting untuk pastikan ia mampan - Muhyiddin

📌 Libaturus IKS dengan MOF untuk cari penyelesaian masalah dihadapi - PM Muhyiddin

📌 Syarikat yang mempunyai 75 orang pekerja terima subsidi upah sebanyak RM1,200 setiap pekerja -PM Muhyiddin

📌 Syarikat mempunyai 76-200 pekerja akan terima subsidi upah RM800 bagi setiap pekerja - PM Muhyiddin

📌 4.8 juta pekerja PKS dapat faedah tambahan Pakej Prihatin PKS - PM Muhyiddin

📌 Geran khas RM3,000 untuk setiap syarikat mikro, manfaatkan 700,000 PKS mikro berdaftar dengan LHDN - Muhyiddin

📌 Peruntukan program subsidi upah yang diumumkan sebelum ini dinaikkan kepada RM13.8 bilion daripada RM5.9 bilion - PM

📌 PM Muhyiddin seru organisasi pemberi pinjaman wang berdaftar yang sediakan kemudahan kredit untuk beri moratorium bayaran ansuran PKS selama 6 bulan

📌 Skim pinjaman mudah dipanjangkan kepada TEKUN Nasional - PM Muhyiddin

📌 Premis PKS menyewa di bangunan kerajaan dikecualikan sewa atau mendapat diskaun - PM Muhyiddin

📌 Levi 25 peratus untuk pekerja asing yang tamat tempoh bagi 1 April hingga 31 Dis - PM Muhyiddin

📌 Portal khas IMSME untuk terima pinjaman PKS - PM Muhyiddin

📌 Kerajaan setuju beri moratorium secara automatik 30 hari dari tarikh terakhir PKP untuk syarikat kemuka dokumen berkanun kepada SSM - PM

📌 Pakej Prihatin PKS (Tambahan) bantu aliran tunai, daya tahan PKS - PM Muhyiddin

📌 Unit Laksana ditubuh di Kementerian Kewangan pastikan inisiatif Prihatin dan Prihatin Tambahan dilaksana dengan cepat, lancar - PM Muhyiddin

📌 Kerajaan beri jaminan telus dalam berbelanja dan semua perbelanjaan yang dilakukan berasaskan undang-undang - PM Muhyiddin

📌 Kerajaan akan bentang Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Parlimen kelak - PM Muhyiddin

📌 Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan untuk semua pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan - PM

📌 Kerajaan akan pertimbang pelbagai inisiatif untuk meransang sektor 'start-up' dalam tempoh sukar ini - PM Muhyiddin

📌 Kerajaan akan meneruskan amalan kewangan berhemah dan disiplin fiskal yang tinggi demi memastikan keadaan kewangan negara terus kukuh dan terkawal - PM

📌 Peranan dan jasa petugas barisan hadapan sentiasa dihargai kerajaan - PM Muhyiddin

📌 Teruskan cekal, kuat dan bersemangat hadapi dugaan wabak COVID-19 - PM Muhyiddin

-- Perutusan Khas Pakej PRIHATIN PKS (Tambahan) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, 6 April 2020 (Isnin)

#StaySafe

#StayAtHome

#COVID19

(Sumber : BERNAMA )

92141673 3532370140122750 8793858827465261056 o

3 langkah mudah membendung berita palsu:

 Tidak berkongsi sebarang berita yang diragui kesahihannya
 Bertanggungjawab terhadap apa jua berita yang disebarkan
 Semak dulu kebenaran sesuatu berita di portal Sebenarnya.my sebelum berkongsi

Tidak Pasti, Jangan Kongsi

#BeritaPalsu
#COVID19
#KlikDenganBijak
#MCMC
#Sebenarnyamy
#TidakPastiJanganKongsi

(Sumber : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia )

mdsb

TERKINI : WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DIBENARKAN
- Dalam tempoh PKP Tahap 2

1. Kedai Baja/racun
2. Kedai Makanan Haiwan
3. Kedai Hardware
4. Kedai Alat Ganti Kenderaan (Jentera Pertanian & Industri)

DIBENARKAN BEROPERASI PADA HARI SELASA DAN JUMAAT sahaja, mulai 9 pagi hingga 4 petang.

Semua pelesen, pekerja, pengunjung dan pembeli SILA PATUHI arahan keselamatan yang telah ditetapkan.

Tindakan penguatkuasaan lebih tegas akan dikenakan sekiranya gagal mematuhi PKP ini.

Sekian, terima kasih.

#SelangorGempurCovid19 

#StayAtHome 

#KitaJagaKita 

#kitamestimenang

(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam )

 

kwsp

KWSP telah menerima permohonan pendaftaran i-Akaun anda dan akan membuat panggilan susulan melalui talian sehala kami di 03 8922 4000.
(Jangan hubungi no 03 8922 4000 kerana ia adalah untuk panggilan sehala sahaja)

AMBIL PERHATIAN. Sekiranya anda menerima panggilan dari nombor ini, ia adalah TULEN daripada KWSP dan ejen kami akan memperkenalkan diri sebelum perbualan dimulakan.

Talian ini beroperasi 7 hari seminggu, dari 8 pagi hingga 7 malam.

Bagi mengelakkan kesesakan talian, kami mohon anda bersabar dan tunggu panggilan dari kami.

#StaySafe

#StayAtHome

#COVID19

(Sumber : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja )