91184196 3115862535090699 7482602932584579072 o

Meskipun peringatan demi peringatan untuk tidak menyebarkan sebarang berita atau maklumat palsu berkaitan wabak Covid-19 telah diberikan, namun masih ada segelintir di kalangan rakyat Malaysia yang masih berdegil dan mengambil sikap acuh tak acuh terhadap amaran tersebut.

Tindakan tidak bertanggung jawab itu ternyata boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.

Mana-mana individu yang didapati bersalah kerana menyebarkan berita atau maklumat palsu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Hentikan penularan berita palsu. Tidak pasti, jangan kongsi

#StaySafe

#StayAtHome

#COVID19

#SKMM

#TidakPastijanganKongsi

(Sumber: Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia )

91305719 3560038727355980 7347516306930794496 n

Cara Memohon 1GB Internet Percuma Yang Diumumkan Kerajaan Selama Tempoh PKP bermula 1 April 2020
8 pagi hingga 6 petang setiap hari

1. CELCOM
- automatik terus masuk

2. DIGI
- tebus data ini melalui aplikasi MyDigi

3. MAXIS
- tebus melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option

4. UMOBILE
- Prepaid - Dail *118*6# kemudian pilih Special Offer

- Postpaid - Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer

5. TUNETALK
- sms STAYHOME ke 2222

6. XOX
- tebus/redeem" melalui aplikasi ONEXOX XOX Black atau
USSD *150#

7.Unifi Mobile
Postpaid
- 999GB hotspot pass will be granted automatically to postpaid unlimited plans within the first 2 days of the calendar month. Customer can check via myUnifi app.

Prepaid
- free unlimited LTE, 7-day pass can be redeemed via the Bebas prepaid app

 

#StaySafe

#StayAtHome

#COVID19

Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2015 dan melibatkan anak-anak muda Tebuk Haji Yusuf khususnya bagi meningkatkan budaya sukan di dalam kalangan komuniti. Dinamakan Liga Padang Pasir kerana padang bolanya berpasir dan sering menjadi tempat untuk anak-anak muda ini beriadah setiap petang.

Setiap tahun kelab ini akan mengadakan Pertandingan Bola Sepak Liga Padang Pasir yang dianjurkan oleh Kelab Belia Tebuk Haji Yusuf. Kebiasaannya sebanyak 6 pasukan yang bertanding mengikut penyertaan dari ahli-ahli baru kelab. Dengan adanya aktiviti di kampung ini, komuniti disini berharap anak-anak muda ini dapat memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan mengeratkan hubungan persaudaraan di kalangan mereka.

91609284 3559788254047694 1095540878971240448 o

Kerajaan Nergeri Selangor telah mengumumkan pakej 'e-learning' khusus untuk semua pelajar Selangor dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 secara PERCUMA.

Khusus buat rakyat Selangor, sila layari https://t.co/ZfIrjVk59P (E-Learning) untuk belajar di rumah sehingga 31 Mei 2020

#StaySafe
#StayAtHome
#COVID19

(Sumber : www.amirudinshari.com )