Kerajaan memutuskan bantuan kewangan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Kementerian Kewangan (MOF) untuk golongan B40 yang dijadualkan pada Mac diawalkan pemberiannya kepada hari esok, Selasa, 17 Januari 2023.
(Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia)
Penggunaan media sosial secara tidak beretika oleh segelintir masyarakat kita dengan mencipta kandungan palsu dan menyebarkannya boleh mendatangkan kesan negatif kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Mari bersama membendung penularan berita palsu dengan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih. Semak dan laporkan di laman Sebenarnya.my sekiranya terdapat keraguan mengenai sesuatu berita.
(Sumber : Klik Dengan Bijak)