Anjuran MPKK Kampung Teluk Rhu dibawakan revolusi Keusahawanan memingkatkan sumber *pendapatan yang kita lalui tanpa disedari* tidak mengira siapa kita.
PENGISIAN PROGRAM:
- Kita Adalah Insan Hebat
- Kaedah Menjemput Rezeki
- Strategi Pemasaran
- Perkongsian Kejayaan
(Sumber : PEDi Bagan Nakhoda Omar)
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang telah dilancarkan pada 21 November 2021 menawarkan perkhidmatan capaian Internet, program latihan ICT dan bertindak sebagai pusat transformasi dan pemangkin ekonomi digital kepada usahawan menerusi bantuan pendigitalan dan fasiliti kepada komuniti setempat.
Bagi tahun 2023, sasaran membangunkan satu PEDi di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memperkasakan peranan PEDi dalam membantu peniaga kecil dengan pengetahuan ICT dan e-Dagang seterusnya meningkatkan sosioekonomi masyarakat dalam dan luar bandar.
(Sumber : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap bagi golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas. Pakej Perpaduan ini menyediakan khidmat internet dengan kelajuan 30 Mbps, tanpa sebarang had data, dengan harga RM69 sebulan.
(Sumber : Fahmi Fadzil)