Susulan PKPB, kaunter perkhidmatan MDSB dibuka pada 4 Mei hingga 12 Mei 2020 bermula jam 8 pagi hingga 2:30 petang.
Namun demikian, untuk urusan kaunter kompauan dan tuntutan barang sitaan hanya dibuka pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.
(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam)
Pengeluaran i-Lestari akan mula dikreditkan SECARA BERPERINGKAT bermula 4 Mei 2020 sehingga 18 Mei 2020. Anda boleh menyemak status permohonan di ilestari.kwsp.gov.my
Anda tidak perlu menelefon, tidak perlu e-mel malah tidak perlu ke cawangan
Kami faham, menjelang musim perayaan ini kita akan cenderung untuk berbelanja namun apa pun, rancanglah perbelanjaan anda dengan baik, beli hanya yang perlu dan jangan lupa untuk mengasingkan amaun khas untuk kegunaan di masa hadapan.
(Sumber : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)
Cawangan ASNB akan mula beroperasi pada 4 Mei 2020, dari jam 9 pagi hingga 3 petang.
Urus niaga yang dijalankan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat adalah :
Pelaburan tambahan
Pengeluaran
Kemaskini maklumat peribadi
Menetapkan semula kata laluan myASNB
Untuk memastikan keselamatan pengunjung, langkah pencegahan akan diambil di setiap Cawangan ASNB.
Kerjasama anda untuk mematuhi langkah-langkah pencegahan amat dihargai.
Senarai Cawangan ASNB, layari : https://www.asnb.com.my/
(Sumber : Amanah Saham Nasional Berhad)
Aplikasi Gerak Malaysia adalah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguruskan pergerakan dan membenarkan
pengguna memohon Perjalanan Antara Negeri bagi membolehkan mereka meninggalkan rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Muat turun aplikasi ini sekarang dengan mengunjungi Apple App Store, Google Play Store ataupun Huawei AppGallery dan cari Gerak Malaysia.
(Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia & Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM)