For those of us who participate in Ramadan, it may feel strange not to go to the mosque or to gather with family and friends. But with COVID-19 continuing to spread, it’s safer if we stay home as much as possible.
WHO’s advice on safe Ramadan practices in the context of COVID-19 are available here: https://bit.ly/2KilDZY
Kerajaan Negeri telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan pertemuan sebelum dan selepas pengumuman PKPB oleh YAB Perdana Menteri pada 1 Mei yang lepas. Pengisian pertemuan dan mesyuarat terbabit yang melibatkan Majlis Keselamatan Negara Selangor, Bilik Gerakan Covid-19 Selangor, Selangor Task Force Covid-19 (STFC) dan Datuk Bandar, YDP Majlis dan Pihak Berkuasa Tempatan menumpu kepada usaha menyediakan garis panduan bagi negeri Selangor terutamanya persediaan pembukaan sektor ekonomi.
Justeru dapatan dari kesemua sesi rundingcara tersebut, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk melaksanakan PKPB dengan pertambahan perincian berikut:
1. Restoran, para penjaja dan peniaga berpremis dibenarkan untuk beroperasi mulai 4 Mei 2020 terhad kepada urusan bawa pulang (take away) dan penghantaran (delivery) dari jam 7 pagi hingga 10 malam. Manakala peniaga tiada berpremis termasuk penjaja tepi jalan dan trak saji (food truck) hanya dibenarkan untuk beroperasi selepas 12 Mei 2020 bagi memastikan pihak PBT dan peniaga mempunyai cukup masa untuk mengatur persediaan untuk penjarakan sosial dan ‘contact tracing’. Namun, pasar malam, pasar pagi, jualan karnival, bazar Ramadan dan Aidilfitiri tidak dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.
2. Industri pembinaan dibenarkan beroperasi pada kadar maksimum tetapi syarikat harus menyediakan Pelan Tindakan Keselamatan Kawalan Penularan Wabak Covid-19 untuk mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing terlebih dahulu.
3. Bagi sektor sosial, orang awam dibenarkan untuk melakukan aktiviti senaman di kawasan lapang dan taman komuniti dengan mengamalkan penjarakan sosial. Kegiatan di taman-taman awam seperti Tasik Shah Alam, Taman Jaya dan Tasik Cempaka tidak dibenarkan. Semua kemudahan rekreasi dan sukan dalam kawasan berbumbung / tertutup seperti kolam renang dan gimnasium masih ditutup. Aktiviti hiking seperti di Bukit Gasing juga tidak dibenarkan. PBT akan mengeluarkan notis susulan senarai taman awam yang dilarang buat orang awam sewaktu PKPB ini.
Keputusan ini terpakai kepada seluruh Selangor kecuali di zon merah Selayang Baru buat masa ini. Manakala bagi butiran lain adalah berdasarkan ketetapan dan garis panduan MKN yang telah dikeluarkan terdahulu.
Semua sektor adalah ditegaskan untuk melaksanakan amalan penjagaan kesihatan yang baik seperti pemakaian topeng muka, amalan pencucian tangan yang kerap dan mengelakkan dari menyentuh muka.
Kerajaan Negeri turut memperkenalkan suatu system pengesanan kontak (contact tracing) yang komprehensif bagi melengkapi usaha-usaha KKM dan akan diperkenalkan esok.
Kerajaan Negeri menyedari tanggungjawab untuk mengimbangi keperluan ekonomi dan kemaslahatan rakyat. Justeru, langkah bertahap yang dilaksanakan amat perlu sebagai sebahagian dari pendekatan “soft landing” supaya kesan wabak Covid-19 ini dapat ditampan dengan lebih baik.
#Covid19
#SelangorGempurCovid19
#KitaMestiMenang
(Sumber : SUK Selangor)
Kerajaan mencadangkan majikan melaksanakan 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐛𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐚𝐧𝐣𝐚𝐥. Tidak semua masuk bekerja pada waktu yang sama bagi mengelakkan pekerja masuk pada waktu yang sama selain mempraktikkan sistem bekerja dari rumah.
#Covid19
#KitaJagaKita
#StaySafe
(Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Selangor)
Lihat infografik untuk maklumat lanjut.
#KementerianAlamSekitarDan
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabb
#statuskualitiudara
#perintahkawalanpergerakan
Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia akan kembali semula bertugas di pejabat (bergantung sektor yang dibenarkan), majikan perlu memastikan adanya waktu kerja anjal agar dapat dielakkan jumlah pekerja yang ramai dalam satu masa.
Bukan itu sahaja, saranan penjarakan sosial (1 meter dari orang lain) dan penjagaan kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan air dan sabun secara kerap masih perlu diamalkan.
Apa lagi yang boleh dan yang tak boleh? Rujuk infografik bagi mendapatkan butiran lain.
#covid19malaysia
#dudukdirumah
#breakthechain
#kitamestimenang
(Sumber : KKM)