Dinamakan Omah Liren kerana dalam bahasa Jawa bermaksud rumah rehat. Rumah ini menggunakan sebahagian kayu daripada rumah lama asal yang telah dirobohkan. Rumah asal dibina pada tahun 1971 oleh tuan rumah Haji Sanusi bin Wardi. Pada tahun 1984 tapak rumah berkenaan telah beli oleh pemaju untuk dijadikan kawasan perumahan. Oleh kerana itu  rumah ini di pindahkan ke tapak baru di Parit Satu Timur ( Parit Cabang.) Pada tahun 2013 rumah ini di robohkan dan sebahagian daripada kayu yang masih elok digunakan untuk membuat tiang dan lantai tingkat bawah Omah Liren. 
 
Lokasi terletak lebih kurang 4km dari Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Rumah rehat berkonsepkan landscape seperti Bali yang dikelilingi dengan tumbuhan dan poko yang hijau akan membuahkan rasa sejuk mata memandang. Menjadi pilihan untuk pelanggan yang ingin merasai penginapan ala Bali. Kemudahan yang disediakan seperti bilik berhawa dingin, kolam renang, dapur, pondok bbq, warung makan (Omah Madang) dan sebagainya.
 
Alamat :
Omah Liren, Jalan Tengah LPN Dua,
Jalan Lembaga Padi Negara,
45300, Sungai Besar,
Selangor
 
No.Telefon:
012-2064505