http://tebukhjyusuf.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=30#sigFreeId20b8fcb18e
Laman Tebu Aidil Orked sekarang menjadi salah satu tarikan menarik di Daerah Sabak Bernam. Bagi mereka yang berpeluang bercuti ke sini jangan lupa untuk singgah ke Laman Tebu Aidil Orked ini untuk merasai suasana minum petang disebalik landskap pokok tebu ditambah pula dengan menu-menu yang menarik terutamanya nasi lemak, laksa, kepak madu dan lain lagi untuk anda rasai.
Alamat:
Jalan Parit 4 Sungai Panjang, Kampung Parit Empat, 45400 Sungai Besar, Selangor.
Waktu Operasi :
8.00 pagi – 07.30 petang (Selasa & Rabu tutup)
Nombor Telefon :
019-253 1566
(Sumber : https://central.menarikdi.com/2021/01/16/menarikdisabakbernam-laman-tebu-aidil-orked/)
http://tebukhjyusuf.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=30#sigFreeId1599081197
Jika anda inginkan tempat penginapan yang menarik untuk percutian anda, anda boleh mengunjungi Anjung Pool Villa ini. Sesuai untuk anda yang menginginkan sebuah tempat penginapan yang selesa dan nyaman. Tambahan pula, Anjung Pool Villa juga menyediakan sebuah kolam renang renang privasi di setiap unit, jadi anda tak perlu risau tentang privasi anda. Nikmati detik terindah bersama keluarga tersayang sambil menyusuri keindahan sawah padi yang terbentang luas. Jadi, apa tunggu lagi, lengkapkan percutian anda dengan menginap di Anjung Pool Villa
Alamat:
Tali Air 11 Ban 2, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi:
Setiap hari (sila buat tempahan terlebih dahulu)
No untuk dihubungi:
012 -235 2024
(Sumber :Anjung Pool Villa)
http://tebukhjyusuf.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=30#sigFreeIda2cd1c0c59
Buntu mencari tempat percutian yg BEST dan menenangkan? Sebuah Homestay terletak di Parit 8 Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor adalah jawapannya. Ia berlatar belakangkan panorama sawah padi, dan sememangnya mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Homestay ini mempunyai 3 rumah kon dan 2 chalet kecil sesuai dengan kawasannya yang jauh dari kesibukan kota. Menawarkan pakej rumah rehat yang menarik dengan harga mampu. Bagi penggemar sukan berbasikal, digalakkan untuk membawa basikal untuk menikmati suasana kampung yang mendamaikan.
Abadikan memori terindah anda di sini.
Alamat:
No 15, Parit 8 Timur Sungai Panjang 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu Operasi :
Setiap hari (tempahan perlu dibuat lebih awal)
Nombor Telefon :
011-20903883
(Sumber : https://central.menarikdi.com/2021/06/08/menarikdisabakbernam-padihijau-homestay/)