Tarikh : 5 Ogos 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 5 orang

Tujuan 

Tujuan kelas ini adalah untuk mengajar pelajar definisi virus komputer dan cara untuk mencegah daripada merebak ke dalam sistem komputer. Juga mengenal aplikasi antivirus yang ada.

Aktiviti 

Aktiviti bermula dengan pengenalan mengenai virus komputer dan keburukannya pada sistem komputer. Juga mengenali perisian-perisian antivirus komputer. Kemudian pelajar menggunakan Youtube untuk melihat cara scan virus sebelum membuat hands on dengan menggunakan pendrive. 

Gambar Disini

Tarikh : 30 Julai 2018
Masa : 10.30 pagi - 10.00 pagi
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 3 orang

Tujuan 

Tujuan kelas ini adalah untuk memberi penerangan asas kepada ahli baru yang berdaftar tentang aplikasi Dashboard Komuniti serta fungsi dan akitviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf.

Aktiviti 

Ahli yang telah mendaftar kami galakkan mereka untuk memuat turun aplikasi Dashboard Komuniti di telefon pintar masing-masing dan memasukkan login ID. Seterusnya mereka boleh browse di dalam aplikasi tersebut serta diberi penerangan.

Gambar Disini

Tarikh : 20 Julai 2018
Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 12 orang

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar murid-murid cara untuk menggunakan mouse dan keyboard dengan betul.

Aktiviti 
  1. Aktiviti dimulakan dengan pengenalan mengenai komputer kepada murid-murid. Seterusnya murid-murid diajar mengenal huruf pada keyboard di aplikasi Ms Word sebelum membuat aktiviti dot-to-dot secara online. Advokasi tayangan video Klik Dengan Bijak juga didedahkan kepada murid-murid

Gambar Disini

Tarikh : 28 Julai 2018
Masa : 2.30 pagi - 5.30 tengahari
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 7 orang

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar PT3 membuat kerja tugasan menggunakan Ms Powerpoint

Aktiviti 

Pelajar diajar membuat pencarian peta lokasi menggunakan google maps dan cara membuat print screen. Seterusnya pelajar diajar menggunakan Ms Powerpoint untuk membuat kerja tugasan Geografi seperti menggunakan format dan tools di aplikasi tersebut.

Gambar Disini

Tarikh : 18 Julai 2018
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 1 orang

Tujuan 

Membantu peserta mengisi borang nikah secara online.

Aktiviti 
  1. Peserta diajar cara untuk mengisi maklumat-maklumat yang dikehendaki dengan betul. Disamping itu peserta juga dapat mengetahui bagaimana untuk mencetak borang berkenaan.

Gambar Disini