Tarikh : 19 Mei 2018
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 2 orang

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar usahawan untuk menggunakan aplikasi Dashboad Komuniti

Aktiviti 
  1. Peserta diajar cara untuk login ID dan melayari aplikasi-aplikasi di dalam Dashboard Komuniti. Seterusnya peserta diajar cara untuk mengemaskini maklumat akaun sebelum memasukkan produk perniagaan.

Gambar Disini

Tarikh : 13 Mei 2018
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 10 orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri seramai 10 orang pelajar sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar fokus dalam membuat sesuatu tugasan dengan menghasilkan kad kreatif sempena Hari Ibu.

Aktiviti 
  1. Membuat pencarian di internet untuk mendapatkan idea dan menghasilkan kad mengikut kreativiti masing-masing

Gambar Disini

Tarikh : 5 Mei 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 2 orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri seramai 2 orang surirumah yang ingin belajar cara untuk mengisi borang menggunakan komputer secara online.

Aktiviti 
  1. Peserta diajar untuk mencari borang yang berkaitan di internet dan bagaimana untuk mengisi borang tersebut dengan teliti dan lengkap. 

Gambar Disini

Tarikh : 6 Mei 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 10 orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri seramai 10 orang pelajar sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memahirkan pelajar dalam penulisan Bahasa Melayu di dalam bentuk laporan berita yang ringkas.

Aktiviti 
  1. Pelajar diajar menggunakan laman web Newspaper Generator dimana pelajar dapat mengarang laporan berita dengan mudah dan hasilnya akan terbentuk seperti muka depan surat khabar.

Gambar Disini

Tarikh : 3 Mei 2018
Masa : 9.30 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 6 orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri seramai 6 orang peserta dari Amanah Ikhtiar Malaysia. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta membuat pemasaran di dalam talian.

Aktiviti 
  1. Aktiviti dimulakan dengan memberi penerangan kepada peserta tentang konsep 4P di dalam pemasaran. Seterusnya peserta di ajar asas penggunaan komputer seperti mouse dan keyboard sebelum belajar pemasaran melalui online.

Gambar Disini