Tarikh : 20 April 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 8 orang

Tujuan 
    1. Kelas ini bertujuan untuk menambah kemahiran usahawan wanita di Kampung Tebuk Haji Yusuf.
Aktiviti 
          1. Diajar oleh Puan Ismailah Binti Dasuki yang juga merupakan seorang usahawan kecil di Kampung Tebuk Haji Yusuf, cara untuk membuat jahitan kraf getah rambut dan tempat pencucuk pin jarum. Disamping itu peserta yang telah mendaftar di Dashboard Komuniti boleh memuat naik bahan terkini produk perniagaan masing-masing di Myshop.

Gambar Disini

Tarikh : 15 April 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 1 orang

Tujuan 
    1. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan baru yang ingin menceburi dalam perniagaan online.
Aktiviti 
          1. Usahawan diberikan penerangan mengenai cara pemasaran secara online terlebih dahulu sebelum pengenalan Dashboard Komuniti Myshop untuk mengiklankan produk perniagaan beliau.

Gambar Disini

Tarikh : 14 April 2018
Masa : 10.30 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 5 orang

Tujuan 
    1. Kelas ini bertujuan untuk menambah kemahiran peserta dalam mengedit sesuatu gambar.
Aktiviti 
          1. Laman web Canva yang juga diantara salah satu laman web untuk mengedit gambar secara percuma digunakan untuk pelajar berlatih menggunakan tools di Canva bagi mendapatkan hasil suntingan yang memuaskan.

Gambar Disini

Tarikh : 14 April 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 5 orang

Tujuan 
    1. Kelas ini bertujuan untuk menguji kemahiran menaip peserta disamping melatih peserta untuk fokus dan pantas dalam menaip
Aktiviti 
          1. Pelajar dikehendaki menaip perkataan-perkataan dengan pantas mengikut masa yang diberikan menggunakan laman web www.10fastfingers.com

Gambar Disini

Tarikh : 8 April 2018
Masa : 3.30 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 5 orang

Tujuan 
    1. Kelas ini bertujuan untuk membuat aktiviti kreatif untuk pelajar di hari hujung minggu disamping menambah 
    2. kemahiran serta mengembangkan daya kreatif pelajar .
Aktiviti 
          1. Pelajar dikehendaki melukis tema yang diberikan iaitu tema mengenai Pusat Internet 1Malaysia. Pelajar juga bebas 
          2. untuk menggunakan pencarian di internet sebagai rujukan untuk melukis.

Gambar Disini