Tarikh : 12 Julai 2018
Masa : 3.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 6 orang

Tujuan 

Membantu pelajar PT3 dalam membuat kerja kursus Geografi.

Aktiviti 
  1. Pelajar diajar cara untuk menggunakan carian internet sebagai bahan rujukan untuk tugasan sekolah. 

Gambar Disini

Tarikh : 8 Julai 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 3 orang

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempelbagaikan fungsi Pusat Internet sebagai tempat untuk pelajar membuat tugasan sekolah.

Aktiviti 
  1. Pelajar diajar cara untuk menggunakan carian internet sebagai bahan rujukan untuk tugasan sekolah. 

Gambar Disini

Tarikh : 23 Jun 2018
Masa : 3.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 4 orang

Tujuan 

Kelas ini diadakan untuk mendedahkan pelajar belajar membuat kad beranimasi secara online.

Aktiviti 
  1. Pelajat diajar cara untuk menggunakan elemen-elemen yang ada di dalam laman web kad online untuk menghasilkan sebuah kad yang beranimasi. Di samping itu, pelajar juga diajar cara untuk memuat turun hasil kerja dan disimpan ke dalam komputer.

Gambar Disini

Tarikh : 24 Jun 2018
Masa : 9.30 pagi - 4.30 petang
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 9 orang

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar mengenai komponen-komponen yang ada di dalam sesebuah komputer.

Aktiviti 
  1. Aktiviti dimulakan dengan memberi pengenalan jenis komputer yang digunakan sebagai bahan pembelajaran. Pelajar juga diterangkan satu persatu komponen-komponen yang ada di dalam komputer tersebut beserta fungsinya. Demo pemasangan komponen ditunjukkan kepada pelajar dan kemudian pelajar diberi peluang untuk mencuba membuka dan memasang semula komponen komputer.

Gambar Disini

Tarikh : 10 Jun 2018
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 9 orang

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menguji tahap pemahaman pelajar mengenai Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf dan pengetahuan umum tentang Hari Raya Aidilfitri. Seramai 9 orang pelajar yang telah menyertai kelas ini.

Aktiviti 
  1. Aktiviti ini menggunakan laman web kahoot untuk menjawab soalan-soalan kuiz berkaitan Pusat Internt dan Raya Aidilfitri. Pelajar hendaklah menjawab soalan dengan betul mengikut masa yang ditetapkan 

Gambar Disini