Seramai 1,128 pelajar Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta telah bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing mulai semalam.
Proses penghantaran pulang melibatkan sembilan universiti yang terlibat dan 49 buah bas ke 17 destinasi.
Para pelajar dikehendaki mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pergerakan pulang yang telah dikeluarkan sebagai langkah-langkah keselamatan menangani wabak COVID19.
#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
(Sumber : Majlis Keselamatan Negara)
Graf menunjukkan kumulatif kes discaj lebih tinggi berbanding kumulatif kes aktif (masih dirawat) selepas PKP Fasa 2. Jumlah kes kumulatif juga hampir mendatar, hasil pengesanan sepanjang tempoh PKP 1 dan 2.
Walaupun kes baharu jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan, jangan terlalu selesa dan abaikan PKP. Rakyat Malaysia perlu terus patuh arahan PKP
#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
Jabatan Perdana Menteri
(Sumber : Majlis Keselamatan Negara)
Setakat Jumaat (17 April 2020), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 816 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 585,250 kenderaan.
"Sebanyak 𝟓𝟒𝟒 𝐢𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐝𝐮𝐡 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 atas kesalahan mengingkari PKP.
"Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 17 April 2020 adalah sebanyak 13639 individu,"
- DS Ismail Sabri Yaakob
Kerajaan memandang serius kes keganasan rumahtangga dan penderaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Salurkan aduan kepada PDRM atau Talian Kasih 15999
(Sumber : Majlis Keselamatan Negara)
Sehingga kini masih terdapat segelintir orang awam yang tidak mematuhi arahan PKP. Oleh itu, PDRM akan terus memperketatkan penguatkuasaan agar kadar pematuhan terhadap PKP meningkat kepada 100% di seluruh negara.
Sekali lagi diingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia, sama-samalah kita bantu negara kita dengan DUDUK RUMAH untuk memutuskan rantaian COVID19.
#StaySafe
#StayAtHome
#COVID19
(Sumber : Majlis Keselamatan Negara )