MySejahtera Trace (MySJ Trace) merupakan salah satu fungsi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia.
MySJ Trace menjadi pelengkap kepada aplikasi MySejahtera untuk membuat pengesanan kontak dan mengenal pasti individu yang merupakan pengguna MySJ Trace yang pernah ada kontak rapat dengan seorang lagi pengguna MySJ Trace yang telah disahkan positif COVID-19.
Kerajaan menjamin bahawa sebarang maklumat yang dikumpul dan digunakan akan mematuhi standard keselamatan maklumat Kerajaan Mala\ysia.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Tetap amalkan norma-norma baharu seperti yang dinasihatkan oleh KKM walau di mana kita berada termasuklah ketika berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan penceroboh yang cuba mencuri maklumat peribadi anda
(Sumber: Berita RTM)
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan sindiket penipuan yang menawarkan iklan rumah sewa dengan harga murah serta cantik di media sosial.
Jadikan infografik yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebagai panduan. Sebagai pengguna yang bijak, anda disarankan untuk tidak terburu-buru membayar apa-apa deposit atau pendahuluan dan menyemak dahulu latar belakang peniaga yang anda ingin berurusan.
(Sumber : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) )