312582980 497208562441152 7819925451614327707 n

Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada terhadap penularan COVID-19 dalam fasa peralihan ke endemik ini.

Pemakaian pelitup muka adalah antara langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus itu terutamanya di kawasan jangkitan berisiko tinggi.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

310924108 480892214072787 2473554731125798135 n

Musim hujan yang berselang-seli dengan cuaca panas merupakan keadaan yang ideal bagi nyamuk Aedes berkembang biak. Bersama-sama hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran rumah dan kejiranan kita.

Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

 

291366757 490371326194184 7640550414885144117 n

Antara ‘scam’ yang popular kini ialah sindiket keldai akaun iaitu individu yang rela atau tanpa paksaan menyerahkan akaun bank miliknya digunakan oleh pihak lain dan kemudiannya disalah guna untuk melakukan aktiviti jenayah.
Ketahui modus operandi yang digunakan dalam memperdaya mangsa untuk menjadi keldai akaun dan ikuti nasihat yang diberikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil bagi mengelakkan diri menjadi mangsa.
 
 
(Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM)

 

293497222 10160271413974040 812332633376136515 n

Waspada modus operandi vishing kad kredit

 

(Sumber : KPDNHEP Laman Rasmi)

270791057 285533423608668 7437185928442943986 n

MySejahtera Trace (MySJ Trace) merupakan salah satu fungsi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia.

MySJ Trace menjadi pelengkap kepada aplikasi MySejahtera untuk membuat pengesanan kontak dan mengenal pasti individu yang merupakan pengguna MySJ Trace yang pernah ada kontak rapat dengan seorang lagi pengguna MySJ Trace yang telah disahkan positif COVID-19.

Kerajaan menjamin bahawa sebarang maklumat yang dikumpul dan digunakan akan mematuhi standard keselamatan maklumat Kerajaan Mala\ysia.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)