kpt

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyediakan perkhidmatan Sistem Maklumat Pergerakan Pulang Pelajar Pendidikan Tinggi. Sistem maklumat ini akan menjadi rujukan utama berkenaan usaha pergerakan pelajar IPT di seluruh negara.

Para pelajar yang bercadang untuk pulang, yang telah memohon kepada pihak IPT untuk pulang serta pelajar yang telah sampai ke destinasi yang dituju diminta untuk mengisi maklumat pemohon, maklumat universiti, alamat semasa dan maklumat destinasi melalui pautan https://iptpulang.malaysia.gov.my/.

Tarikh akhir penghantaran maklumat adalah 𝟐𝟗 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟎 (𝐑𝐚𝐛𝐮).

#PKP
#IPT
#CegahCovid19

(Sumber : Kementerian Pengajian Tinggi)

ipt balik

Seramai 1,128 pelajar Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta telah bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing mulai semalam.

Proses penghantaran pulang melibatkan sembilan universiti yang terlibat dan 49 buah bas ke 17 destinasi.

Para pelajar dikehendaki mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pergerakan pulang yang telah dikeluarkan sebagai langkah-langkah keselamatan menangani wabak COVID19.

#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang

(Sumber : Majlis Keselamatan Negara)

keganasan rumahtangga

Kerajaan memandang serius kes keganasan rumahtangga dan penderaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Salurkan aduan kepada PDRM atau Talian Kasih 15999

(Sumber : Majlis Keselamatan Negara)

kes kumulatif

Graf menunjukkan kumulatif kes discaj lebih tinggi berbanding kumulatif kes aktif (masih dirawat) selepas PKP Fasa 2. Jumlah kes kumulatif juga hampir mendatar, hasil pengesanan sepanjang tempoh PKP 1 dan 2.

Walaupun kes baharu jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan, jangan terlalu selesa dan abaikan PKP. Rakyat Malaysia perlu terus patuh arahan PKP

#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
Jabatan Perdana Menteri

(Sumber : Majlis Keselamatan Negara)

kompaun

Jumlah kenderaan yang berada di jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus menunjukkan peningkatan.

Setakat Jumaat (17 April 2020), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 816 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 585,250 kenderaan.

"Sebanyak 𝟓𝟒𝟒 𝐢𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐝𝐮𝐡 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 atas kesalahan mengingkari PKP.

"Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 17 April 2020 adalah sebanyak 13639 individu,"

- DS Ismail Sabri Yaakob

#PKP
#COVID19
#DUDUKRUMAH

(Sumber: Jabatan Penerangan Negeri Selangor)