Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jika didapati terdapat jumlah kenderaan yang banyak di luar sesebuah kediaman, pihak berkuasa akan membuat semakan di kediaman berkenaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi pada hari perayaan.
Tegasnya, PDRM dan ATM telah bersetuju untuk mengerahkan anggotanya pada hari pertama perayaan dan hari-hari seterusnya bagi memastikan SOP terus dipatuhi.
SILA RUJUK JADUAL PERGERAKAN RENTAS NEGERI YANG DILULUSKAN OLEH PDRM BAGI MELANCARKAN PERJALANAN ANDA KE DESTINASI.
Anda tidak perlu ke Balai Polis sekiranya telah mendaftar melalui aplikasi Gerak Malaysia, sebaliknya boleh mula bergerak mengikut tarikh yang telah dinyatakan.
9 Mei 2020- Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka & Pahang
#COVID19
#GerakMalaysia
#GerakMalaysiagovmy
#MCMC
#PDRM
#PerintahKawalanPergerakan
#PerjalananAntaraNegeri
(Sumber : Jabatan Perdana Menteri)
Hubungi talian tertera sekiranya anda syak berlakunya penderaan.
(Sumber : KKM)
JADUAL PERGERAKAN RENTAS NEGERI YANG DILULUSKAN OLEH PDRM BAGI MELANCARKAN PERJALANAN ANDA KE DESTINASI.
Anda tidak perlu ke Balai Polis sekiranya telah mendaftar melalui aplikasi Gerak Malaysia, sebaliknya boleh mula bergerak mengikut tarikh yang telah dinyatakan.
8 Mei 2020 - Perak, Johor & Kelantan
#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
#GerakMalaysia
(Sumber : Jabatan Perdana Menteri)
Tidak ada lagi radius 10 kilometer dalam peraturan PKPB. Bagaimanapun, rentas negeri masih dalam senarai yang dilarang.
Orang ramai akan diberi kebenaran untuk bergerak merentas negeri satu kali, kepada mereka yang terkandas di kampung sebelum PKP berkuatkuasa. Pergerakan ini memerlukan orang ramai memohon menerusi aplikasi Gerak Malaysia, dan menuruti jadual yang ditetapkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Pergerakan tersebut dijadualkan dari 7 hingga 10 Mei 2020.
Polis akan mendapat akses maklumat pemohon menerusi aplikasi Gerak Malaysia. Jika mereka ditahan di sekatan jalan raya, anggota polis mempunyai maklumat individu itu yang mahu pulang ke rumah masing-masing.
PDRM sudah menerima 503,276 permohonan untuk membuat pergerakan.
Sumber : Ucapan sidang media Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) /PDRM / Jabatan Penerangan Negeri Selangor