Pada Minggu Epidemiologi ke-2 tahun 2023, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,520 kes berbanding 2,219 kes pada minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 301 kes (13.6%).
Satu kematian akibat komplikasi demam denggi juga dilaporkan pada ME 2/ 2023.
Layari laman sesawang https://idengue.mysa.gov.my/ untuk maklumat lanjut dan informasi terkini berkenaan denggi.
Musnahkan tempat pembiakan Aedes. Tiada Aedes, tiada denggi.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Pusat panggilan yang ditubuhkan bagi membantu menyekat pengaliran wang mangsa penipuan siber.
Mangsa penipuan siber boleh terus menghubungi talian bank masing-masing (operasi 24 jam) atau talian NSRC di talian 997 (operasi 8.00 pagi hingga 8.00 malam - Setiap hari).
Pastikan anda mempunyai butiran maklumat insiden kejadian, maklumat komunikasi serta transaksi yang dilakukan seperti :-
1. No. telefon yang menghubungi anda. Cara perhubungan sama ada panggilan telefon, panggilan whatsapp, SMS dll.
2. Masa dan tarikh panggilan diterima.
3. Maklumat akaun bank seperti nombor akaun bank dan nama pemilik akaun.
4. Masa, tarikh dan amaun transaki yang dilakukan.
Mungkin wang anda masih boleh diselamatkan.
NSRC adalah gabungan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), institusi perbankan dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi.
Namun begitu, orang ramai dinasihatkan agar terus peka dan waspada dengan helah scammer.
(Sumber : Malaysia Government Call Centre)
Musim hujan yang berselang-seli dengan cuaca panas merupakan keadaan yang ideal bagi nyamuk Aedes berkembang biak. Bersama-sama hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran rumah dan kejiranan kita.
Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada terhadap penularan COVID-19 dalam fasa peralihan ke endemik ini.
Pemakaian pelitup muka adalah antara langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus itu terutamanya di kawasan jangkitan berisiko tinggi.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)