123137512 1287231388323585 9070007453060828088 o

 

Geran Khas Prihatin Nasional oleh Kerajaan Persekutuan dan Insentif Khas Pakej Rangsangan Selangor Prihatin oleh Kerajaan Negeri Selangor masing-masing telahpun diberikan untuk peniaga-peniaga kecil bagi meringankan beban, bangkit semula dan terus berdaya maju.

Apa pula peranan kita untuk menyokong peniaga-peniaga ini? Kita juga boleh membantu mereka. Mungkin kita boleh mula elakkan meminta diskaun dan amalkan budaya 'keep the change'. Sedikit sebanyak dengan sedikit amalan nilai murni ini perniagaan kecil rakan-rakan kita ini boleh terus bernafas.

 

(Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Selangor)

122952629 3900159296680041 3740131681078228221 o

Pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal. Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0 disediakan kepada peserta untuk tujuan berikut:-
- Pembelian motosikal
- Baik pulih motosikal
- Pendaftaran bersama syarikat e-hailing
- Modal pusingan
Segala permohonan perlu dibuat di pejabat cawangan berhampiran.
Senarai alamat pejabat cawangan:-
https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/
Borang Permohonan:-
https://www.tekun.gov.my/.../borang-permohonan.../
#TemanNiagaAnda

(Sumber : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

 

Eng's Popcorn Caramel adalah sebuah produk muslim halal buatan Malaysia. Rasa caramel fully coated pada popcorn yang enak dan mendapat kepuasan dari pelanggan. Amin Haziq Bin Reza, selaku agent Eng’s Popcorn Sabak Bernam & Sungai Besar menyertai Eng’s Popcorn ini semasa Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Jun 2020. Untuk pengetahuan semua Kilang Eng’s Popcorn ini berada di Batu Pahat, Johor.

Kepada mereka di luar sana yang belum rasa Eng’s Popcorn Caramel, anda wajib merasainya kerana popcorn ini luar biasa, setiap butir bertih jagung itu disaluti dengan lapisan caramel yang mengasikkan. Boleh juga didapati di aplikasi e-dagang Shopee id haziq6767

 

121618907 3446916858729026 6376096389286405942 o

SSM menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan berwaspada semasa menjalankan sebarang urusan jual beli atau perkhidmatan yang ditawarkan di atas talian.

Jika terdapat keraguan pada laman tersebut, pastikan anda mengambil langkah-langkah:

1) Buat aduan rasmi kepada SSM;
2) Lampirkan "URL" yang hendak dilaporkan;
3) Lampirkan bukti-bukti yang terdpat unsur penipuan; dan
4) Lampirkan sekali laporan polis.

Senarai entiti yang disyaki boleh dilayari di bahagian 'Pautan Pantas' / 'Quick Links' di portal SSM:

https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Quick_Link/SSM-OBA.aspx

 

(Sumber : Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)

Pakej perkhidmatan membuat album photobook dan cuci gambar yang berpatutan. Sesuai kepada yang mempunyai banyak gambar di telefon pintar dan ingin mengabadikan kenangan di dalam sebuah album. Puan Noor Farhana menyediakan perkhidmatan edit gambar untuk mencantikkan lagi album yang diingini. Hubungi beliau di laman Facebook Noor Farhana Halimi