Lokasi gerai Pisang Cheese Caramel ini di tepi Stadium Sungai Besar kira-kira dalam 1.5km sahaja dari Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Disini terdapat pelbagai lagi jualan-jualan gerai dan gerai ini menjadi tumpuan bagi penggemar pisang goreng bercheese. Kuantiti yang berpatutan dengan harga, pembungkusan yang kemas dan rasa pelbagai perisa yang enak menjadi pilihan pelanggan untuk menikmati pisang goreng disini. Antara perisa topping adalah cheese caramel, buttermilk cheese, coklat cheese, oreo cheese, milo cheese dan lain-lain

Waktu operasi kebiasaannya bermula pada jam 11.00 pagi sehingga habis jualan. Jika habis cepat maka awal lah tutup gerai. 

Lokasi Mek Tie Nasi Kukus di tepi Stadium Sungai Besar kira-kira dalam 1.5km sahaja dari Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Disini terdapat pelbagai lagi jualan-jualan gerai dan gerai ini menjadi tumpuan bagi penggemar nasi kukus. Untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19, gerai ini tidak menyediakan tempat untuk makan hanya untuk bungkus sahaja. Kuantiti yang berpatutan dengan harga, pembungkusan yang kemas dan rasa ayam goreng yang enak menjadi pilihan pelanggan untuk menikmati nasi kukus disini.

Waktu operasi kebiasaannya bermula pada jam 11.00 pagi sehingga habis jualan. Jika habis cepat maka awal lah tutup gerai. Mek Tie Nasi Kukus juga boleh didapati melalui aplikasi Food Panda

 

(Sumber : Mek Tie Nasi Kukus)

Menjual minuman jus balang ori berasaskan buah-buahan. Yang menjadi best sellar adalah minuman Jus Mangga Chokanan. Lokasi terletak di pekan Sungai Besar bersebelahan Parasaraya Marko, lebih kurang 2.5km dari Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Selain itu, disini juga ada menjual makanan ringan seperti sushi, ayam goreng, pop corn, kuih muih dan juga buah-buahan (mengikut stok). Harga sangat berpatutan dan sesuai untuk kudapan pada waktu tengahari dan petang.

Lokasi Laksa Ipoh Warisan Bonda di tepi Stadium Sungai Besar kira-kira dalam 1.5km sahaja dari Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Disini terdapat pelbagai lagi jualan-jualan gerai dan gerai ini menjadi tumpuan bagi penggemar laksa. Rasa keunikannya memang berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat sekitar Sungai Besar ini. Disini tidak ada disediakan tempat untuk makan hanya untuk bungkus sahaja. Kuantiti yang berpatutan dengan harga, pembungkusan yang kemas dan kuah laksa yang panas memang menjadi salah satu tarikan buat pelanggan tegar.

Waktu operasi kebiasaannya bermula pada jam 11.00 pagi sehingga habis jualan. Jika habis cepat maka awal lah tutup gerai. Tetapi gerai ini tidak mempunyai jadual harian kerana tuan kedai sering mendapat tempahan untuk membuat laksa. Jadi, apabila pelanggan lalu di jalan stadium ini jika terlihat gerai ini dibuka, dengan segera mereka akan singgah sebelum terlambat kehabisan laksa.

Simkad One XOX adalah simkad tahan lama 2 tahun 4 bulan. Bagi mereka yang ingin berjimat dan tidak mahu topup komitmen bulanan, ini adalah simkad pilihan anda. Antara kelebihan simkad ini adalah penggunaan internet berkelajuan tinggi, simkad yang murah, caj panggilan murah, tempoh sah kredit selama 28 bulan dan lain-lain. Simkad ini boleh didapati di Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf.