Usahawan Kecil

Nama : Nurul Wahida Binti Mohd Fauzi
Umur : 38 Tahun
Ahli : 8 Mac 2021

 

Latar belakang

Pn Nurul Wahida Binti Mohd Fauzi adalah seorang usahawan kecil yang mempunyai kemahiran dalam solekan. Beliau menceburi dalam bidang ini kerana berminat untuk memperluaskan perniagaan dan menambahkan pendapatan beliau.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi sekitar kawasan di Daerah Sabak Bernam. Pendapatan beliau RM 200 – RM 500 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook dan Whatsapp.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500.00 – RM1000.00 sebulan.