Usahawan Kecil

Nama : Nornazirah Binti Kamaruddin
Umur : 27 Tahun
Ahli : 27 Februari 2021

 

Latar belakang

Puan Nornazirah Binti Kamaruddin adalah seorang suri rumah yang ingin menjana pendapatan menggunakan kemahiran yang beliau ada iaitu memasak makanan melayu. Beliau akan memasak mengikut menu masakan yang ditetapkan atau mengikut permintaan pelanggan.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mengembangkan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau dan hanya kenalan rapat sahaja. Tempahan juga dibuat melalui aplikasi Whatsapp Pendapatan beliau RM 200 – RM 250 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi laman sesawang facebook.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 500.00 – RM1000.00 sebulan.