Usahawan Kecil

Nama : Mohammad Akhihurrahman Bin Shahrom
Umur : 30 Tahun
Ahli : 29 Ogos 2019

 

Latar belakang

Encik Mohammad Akhikhurrahman Bin Shahrom adalah seorang usahawan kecil yang menjual barangan produk Amway. Beliau menceburi dalam bidang ini kerana beliau berminat untuk belajar dan juga berniaga untuk menambahkan pendapatan beliau.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Facebook & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau. Pendapatan beliau RM 1000 – RM 2000 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Tebuk Haji Yusuf, Beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp & Instagram.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2500.00 – RM5000.00 sebulan.