Usahawan Kecil

Nama : Siti Zubaidah Binti Ismail
Umur : 49 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Siti Zubaidah Binti Ismail merupakan seorang jurujual produk kecantikkan. Selain itu, beliau juga menyediakan perkhidtmatan Spa dan Rawatan Resdung di kedai beliau. Beliau menceburi dalam bidang perniagaan ini untuk menambahkan pendapatan beliau.

Sebelum ini, Puan Siti Zubaidah hanya menjalan perniagaan di kedai beliau sahaja. Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau. Pendapatan beliau RM 1500 – RM 2000 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp & Instagram.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000.00 – RM5000.00 sebulan.