Usahawan Kecil

Nama : En. Hafizzudin Bin Misry
Umur : 28 Tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

En. Hafizzudin Bin Misry merupakan seorang jurujual produk makanan dan minuman. Beliau menceburi dalam bidang perniagaan ini untuk menambahkan pendapatan beliau.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau. Pendapatan beliau RM 500 – RM 1000 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp & Instagram.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000.00 – RM2000.00 sebulan.