Usahawan Kecil

Nama : Puan Siti Faizah Nur Binti Mohamat Helmee
Umur : 34 Tahun
Ahli : 7 Sep 2017

 

Latar belakang

Puan Siti Faizah Nur Binti Mohamat Helmee merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau menceburi dalam bidang perniagaan ini untuk menambahkan pendapatan beliau.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau. Pendapatan beliau RM 500 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp & Instagram.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 500.00 – RM 1500.00 sebulan.