Usahawan Kecil

Nama : En. Mohd Hussairy Bin Sidek
Umur : 46 Tahun
Ahli : 24 Feb 2019

 

Latar belakang

Encik Mohd Hussairy Bin Mohd Sidek merupakan seorang guru yang mengajar di SMK Sungai Besar. Beliau menceburi dalam perniagaan penjualan jus air mangga sebagai kerja sambilan untuk menambahkan pendapatan beliau.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau. Pendapatan beliau RM 300 – RM 500 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook & Whatsapp.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1000 sebulan.