Jadilah Warga Yang Bertanggungjawab
#SihatMilikSelangor
Tangani perasaan marah dengan cara yang betul. Jangan biarkan emosi yang mengawal diri kita.
Kenal pasti punca anda marah, bincang dengan individu yang dekat dengan anda dan mendengar nasihat dari orang lain adalah antara langkah-langkah yang boleh dipraktikkan apabila anda dalam keadaan marah.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
PERINCIAN KES BAHARU (25)
KL - 13
2 kes BWN saringan rawak kedai makan
11 kes import (10 WN, 1 BWN)
SELANGOR - 5
5 kes import (4 WN, 1 BWN)
SABAH - 1
1 kes WN saringan pra pembedahan
KEDAH - 5
5 kes WN kluster Tawar
PULAU PINANG - 1
1 kes WN kluster Tawar
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Ubatan yang TIDAK BERDAFTAR adalah ubatan yang tidak melalui proses penilaian, tidak diuji serta tidak terbukti dari segi kualiti, keberkesanan serta keselamatannya.
Dengan itu, penggunaan ubatan ini TIDAK TERJAMIN dari aspek keselamatannya. Selain itu, ubatan tidak berdaftar juga mungkin mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan menyebabkan kesan sampingan yang serius jika digunakan dalam jangka masa yang panjang.
Setiap ubatan yang berdaftar dengan KKM mempunyai nombor pendaftaran perubatan.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Seeloknya, beli kanta lekap dari kedai cermin mata dan bukannya melalui jualan atas talian. Kurangkan risiko dari ditipu oleh penjual yang cuba ambil jalan pintas untuk buat duit mudah.
Jika anda adalah seorang pengguna kanta lekap, ikuti penjagaan kanta lekap berikut.
(Sumber : KKM)