Kadar kebarangkalian jangkitan COVID-19 adalah lebih tinggi dalam kalangan pesakit terlantar (bed-ridden) kerana masalah kefungsian yang mereka alami. Golongan ini juga lebih cenderung untuk mengalami komplikasi yang lebih teruk dan proses penyembuhan yang lebih rumit sekiranya dijangkiti COVID-19.
Vaksin merupakan salah satu langkah pencegahan untuk membendung penularan virus COVID-19 dan melindungi mereka daripada mendapat komplikasi yang teruk sekiranya dijangkiti.
(Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor)
Selain daripada untuk menjaga kesihatan gigi dan mulut, REKOD PERGIGIAN PENTING bagi Siasatan Forensik sekiranya diperlukan.
Jadi, jom periksa gigi di klinik pergigian berhampiran.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Varian Delta adalah varian baharu yang 2-4 kali lebih mudah merebak dari varian sedia ada.
Ia merebak dalam masa yang lebih singkat dan lebih mudah menjangkiti orang lain.
Tingkatkan perlindungan diri anda dengan memakai pelitup muka berganda di tempat awam, elakkan ke tempat sesak dan sempit dan pastikan pengudaraan yang baik.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)