Punca Buah Pinggang Rosak :
Berhenti ambil ubat kencing manis atau insulin sesuka hati
Ambil Vitamin C tak terkawal
Tidak ambil ubat darah tinggi
Malas bersenam
Tidak kawal pemakanan
Ambil ubat atau produk yang tidak di iktiraf
Merokok
Minum minuman beralkohol
(Sumber : Bunga Crew Fitness)
Jika terlupa ambil dos Paxlovid, ambil dos yang tertinggal sebaik sahaja teringat.
Sekiranya telah terlupa melebihi 8 jam, abaikon dos yang tertinggal dan ambil dos seterusnya seperti biasa.
Jangan gandakan dos untuk menggantikan dos yang tertinggal.
(Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor)
Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Februari dengan tujuan meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menyokong dan sama-sama mengambil bahagian dalam usaha mencegah penyakit kanser.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Orang ramai dinasihatkan untuk menjalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala.
Laporkan keputusan positif COVID-19 anda, jalani isolasi dan lakukan penilaian kesihatan kendiri dalam Home Assessment Tool (HAT) di aplikasi MySejahtera. Nasihat kesihatan yang berkaitan akan diberikan mengikut penilaian yang dilaporkan.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)