328919865 731364415326470 1517422959170614755 n

Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Februari dengan tujuan meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menyokong dan sama-sama mengambil bahagian dalam usaha mencegah penyakit kanser.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

 

317927089 511495784345547 8366441875214478031 n

Jika terlupa ambil dos Paxlovid, ambil dos yang tertinggal sebaik sahaja teringat.

Sekiranya telah terlupa melebihi 8 jam, abaikon dos yang tertinggal dan ambil dos seterusnya seperti biasa.

Jangan gandakan dos untuk menggantikan dos yang tertinggal.

 

(Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor)

 

307584734 486000866895255 8621814898758577909 n

Disleksia adalah masalah pembelajaran khusus.Ciri-ciri atau gejala disleksia biasanya dapat dikenal pasti apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan, dimana kemahiran membaca, menulis, mengira dan mewarna mula diperlukan. Namun begitu, terdapat beberapa ciri yang boleh diperhatikan oleh ibu bapa pada kanak-kanak sebelum peringkat umur tersebut.

Antaranya adalah seperti dikongsikan. Sekiranya ibu bapa mendapati sebarang masalah pada perkembangan anak, sila dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran.

Dengan rangsangan yang betul dan konsisten, dapat membantu kanak-kanak disleksia membina keyakinan diri serta mengasah keistimewaan mereka.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

 

314623302 504816201680388 2043309834998341280 n

Orang ramai dinasihatkan untuk menjalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala.

Laporkan keputusan positif COVID-19 anda, jalani isolasi dan lakukan penilaian kesihatan kendiri dalam Home Assessment Tool (HAT) di aplikasi MySejahtera. Nasihat kesihatan yang berkaitan akan diberikan mengikut penilaian yang dilaporkan.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

305665742 464537649041577 4775646504810264362 n

Alzheimer merupakan penyakit neurodegeneratif yang disebabkan oleh proses penuaan pada sel otak yang berlaku secara perlahan dan berterusan yang mana boleh mengganggu kualiti hidup seseorang.

Biasanya, warga emas mungkin juga mempunyai penyakit demensia seperti Alzheimer pada masa yang sama.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti dikongsikan.

Rawatan awal boleh melambatkan proses kemerosotan fungsi otak dan dapat mengekalkan keupayaan menjaga diri sendiri 

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)