411307523 774094121418755 857146597351895746 n

Adalah normal untuk seseorang individu menunjukkan emosi marah. Tetapi jika ledakan kemarahan terlalu kerap dan mudah meletus ia dikatakan sebagai baran.

Sikap baran berpunca dari pelbagai faktor:

- Faktor genetik dan persekitaran
- Bagaimana seseorang individu dibesakan
- Masalah mental seperti kemurungan, bipolar, ADHD,
- Pengambilan bahan terlarang
- Masalah fizikal spt thyroid, tumour

Jika sikap baran anda telah memberi kesan negatif kepada rumahtangga, hubungan di tempat kerja, mengakibatkan kemalangan, pergaduhan.. sila dapatkan bantuan dan rawatan.

Cuba amalkan mindfullness dan aktif dalam aktiviti fizikal untuk mengeluarkan tenaga baran dalam diri.

 

(Sumber : Public Health Malaysia)

 

408773032 751779950317344 1543003049517234946 n

Kes COVID-19 telah meningkat sejak pertengahan bulan Oktober 2023. Peningkatan kes COVID-19 dari masa ke semasa adalah dijangkakan. Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19 dicatatkan, namun keadaan adalah terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

Sehubungan itu, KKM ingin mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan langkah pencegahan penularan COVID-19 dan jangkitan respiratori yang lain, agar dapat mengurangkan risiko dan penularan jangkitan dalam kalangan komuniti. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 ini demi kesejahteraan kesihatan awam.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

 

385081950 713368734158466 5626310631384998243 n

Pengaktifan semula virus cacar air boleh menyebabkan penyakit kayap. Virus ini menjangkiti tubuh kekal dalam sistem saraf selama bertahun-tahun . Golongan dewasa yang berumur 50 tahun ke atas berisiko mendapat penyakit ini.

Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan ubat anti-viral dan ubat untuk melegakan rasa sakit. Salah satu komplikasi penyakit ini adalah sakit saraf yang berterusan (post-herpetic neuralgia). Oleh itu, orang ramai hendaklah mengamalkan langkah pencegahan seperti mendapatkan suntikan vaksin untuk mengelakkan penyakit ini.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

 

394434408 725882699573736 2819727986310588331 n

Kafein merupakan sejenis perangsang yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi serta minuman koko. Sehubungan itu, sebatian ini dapat meningkatkan kepekaan seseorang serta berpotensi menjejaskan kesihatan kanak-kanak yang sedang membesar.

Walaupun tiada garis panduan khusus yang menyatakan jumlah kafein yang selamat kepada kanak-kanak, ibu bapa perlu mencegah kanak-kanak daripada mengambil minuman berkafein demi menjamin kesihatan mereka.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

 

379521450 703627755132564 5029296985445932536 n

Limfoma merupakan sejenis kanser yang melibatkan limfosit dalam sistem imunisasi manusia.

Terdapat 2 kategori limfoma iaitu Hodgkin Lymphoma dan Non-Hodgkin Lymphoma. Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan berlakunya limfoma adalah keturunan, penyakit yang merendahkan imuniti tubuh dan pendedahan kepada bahan-bahan kimia berbahaya seperti benzene.

Sila dapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut dari doktor perubatan sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti yang dinyatakan.

Pengesanan awal dan rawatan yang terbukti berkesan meningkatkan peluang penyembuhan.

 

(Sumber  : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)