Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada tahun ini bertemakan Lindungi Kanak-kanak daripada Pengaruh Industri Tembakau. Ia selaras dengan prinsip melindungi generasi sekarang dan akan datang daripada kesan buruk terhadap kesihatan akibat penggunaan tembakau.
Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2024, jom ikuti langkah mudah ke arah mewujudkan generasi muda bebas tanpa amalan merokok.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas.
-Dikongsikan perbezaan di antara pembawa dan pesakit Talasemia.
-Lakukan ujian saringan penyakit Talasemia di fasiliti kesihatan berhampiran anda.
-Perkahwinan antara pembawa dengan pembawa atau pembawa dengan pesakit akan meninggikan risiko memperoleh zuriat dengan penyakit Talasemia.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Pada ketika ini, tiada ujian perubatan khas seperti ujian darah, pengimejan dan sebagainya yang dapat digunakan untuk mengesahkan autisme. Diagnosis masalah autisme hanya dapat dilakukan secara pemeriksaan klinikal iaitu berdasarkan pemerhatian dan rekod tingkah laku komunikasi dan tahap perkembangan kanak-kanak.
Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak perlu sensitif dengan tanda-tanda ASD dan perkembangan anak masing-masing. Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak juga perlu segera merujuk kepada doktor perubatan untuk kepastian dan pemantauan. Intervensi awal amat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Hipoglisemia adalah apabila glukosa darah menurun dibawah paras normal. Glukosa adalah satu sumber tenaga yang penting untuk badan, berasal dari makanan. Ketahui gejala-gejala dan cara untuk menguruskan Hipoglisemia.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)