budinmajlisdaerah

TERKINI  PERNIAGAAN/PERKHIDMATAN YANG DIBENARKAN BEROPERASI SEPANJANG PKP SELARAS DENGAN ARAHAN MKN PADA 23 APRIL 2020.

Perkhidmatan selari dengan arahan terbaharu ialah:
1. Pasar Awam : 6 pagi - 2 petang
2. Pengangkutan Awam : 6 pagi - 10 pagi & 4 petang - 10 malam.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih

#covid16 #stayathome #workathome

Sumber:Majlis Daerah Sabak Bernam

 

budinmasjid

Anda dijemput untuk mengikuti program yang dianjurkan ini di rumah masing-masing secara online melalui live di FB 'Masjid Negara Negara'.

#StayAtHome
#SolatDiRumah
#KuliahDariRumah
#COVID19

 

 

 

thycat

Kerajaan bersetuju membenarkan klinik veterinar swasta beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata klinik terbabit hanya dibenarkan beroperasi berdasarkan temu janji dengan pelanggan.

"Ramai pencinta haiwan bertanya adakah klinik haiwan dibuka.

"Jadi kerajaan bersetuju membenarkan klinik veterinar beroperasi tetapi perkhidmatan berdasarkan temu janji sahaja.

"Pemilik haiwan boleh menghubungi klinik veterinar berdekatan dengan lokasi tempat tinggal mereka untuk mendapatkan tarikh temu janji dahulu bagi elak kesesakan di klinik berkenaan," katanya.

#StaySafe #StayAtHome #Covid19 #breakthechain #animallover

(Sumber : BERNAMA)

 

budinzakat

Khas Untuk Semua Peniaga!
Tunaikan Zakat Perniagaan Anda!

InsyaAllah rezeki dan perniagaan kita juga akan lebih subur dan berkembang

Zakat kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Asnaf fakir miskin di Selangor melebihi 60,000 keluarga. Inilah peluang kita bersama membantu mereka

Bayar zakat saham anda secara online di https://fpx.zakatselangor.com.my

Lepas bayar, jom sertai kempen dengan klik bit.ly/zakatniaga20201

Hadiah menarik menanti anda!

Sumber:Lembaga Zakat Selangor

thyblikkg

POSTING PILIHAN: SOP PERGERAKAN PULANG PELAJAR IPT

Kerajaan telah mengumumkan bahawa para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, politeknik serta kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula 27 April ini secara berperingkat.

Sehubungan itu, para pelajar dikehendaki mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pergerakan pulang yang telah dikeluarkan sebagai langkah-langkah keselamatan menangani wabak COVID-19.

Ikuti infografik oleh BERNAMA berikut bagi mengetahui secara lanjut SOP yang ditetapkan.

Sumber: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia


Sumber: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.