apps my sejahtera

KKM bekerjasama dengan MOSTI dan MKN menghasilkan aplikasi MySejahtera.

Ia telah dilancarkan oleh Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr Adham Baba dan Menteri MOSTI, YB Khairy Jamaluddin dan KP MKN, Mohd Rabin Basir.

MySejahtera merupakan aplikasi pemantauan COVID19 yang membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan sendiri & mendapatkan maklumat lokasi fasiliti kesihatan yang berdekatan serta menerima maklumat terkini dan panduan daripada sumber yang sahih.

Sudahkah anda memuat turun aplikasi mobil MySejahtera?

IOS:

https://t.co/bpsBeN2Hpe

Android:

https://t.co/eOH5jHIHgd

Huawei :

https://t.co/VaqQIGUa0N

#MySejahtera
#COVID19
#StayAtHome

skop keje

Ikuti garis panduan pelaksanaan perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaraan internet sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebarang kerja pemasangan jalur lebar talian tetap, pembaikan, penyelenggaraan rangkaian dan pemasangan infrastruktur baharu boleh dijalankan tetapi perlu mengambil kira tahap keselamatan para pelanggan dan pekerja syarikat penyedia perkhidmatan, serta situasi semasa di lokasi yang dikenal pasti berisiko tinggi dengan jangkitan COVID-19.

#COVID19
#Internet
#JalurLebar
#MCMC
#PerintahKawalanPergerakan
#Telekomunikasi

(Sumber : Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia)

bpn palsu

Penerima BPN dari kategori B40 (pangkalan data BSH) yang tidak mempunyai akaun bank atau bayaran BPN mereka gagal dikreditkan boleh menerima bayaran BPN mereka secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 April 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Bagi penerima BPN kategori M40 (pangkalan data LHDNM) perlu mengemaskini maklumat akaun bank di https://ez.hasil.gov.my/ci.

Untuk senarai cawangan yang dibuka atau maklumat lanjut, penerima boleh melayari laman web BSN di www.mybsn.com.my.

#BeritaPalsu
#COVID19
#MCMC
#Sebenarnyamy
#TidakPastiJanganKongsi

(Sumber : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

hentikan

Hentikan penyebaran berita palsu

Anda boleh didakwa jika didapati bersalah

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#KomunikasiKita
#StayAtHome
#JabatanPenerangan
#TidakPastiJanganKongsi

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

cagaran

Kepada semua peniaga/penjaja yang sudah membayar cagaran dan permit boleh salurkan maklumat bermula 20 April hingga 30 Mac 2020.

Kaedah saluran maklumat boleh dibuat melalui telefon terus ke pejabat MDSB melalui talian 0332241000/32241655 bermula jam 9 pagi hingga 4 petang, Isnin hingga Jumaat.

Juga boleh dibuat melalui whatsapp atau sms dengan menyertakan butiran seperti pada infografik.

(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam)