plats

Bagi membendung penularan wabak Covid-19, Pihak Kerajaan Negeri Selangor telah membatalkan penganjuran Bazaar Ramadan pada tahun ini.

Menyedari kesulitan dan impak kepada peniaga bazaar Ramadan , Kerajaan Negeri Selangor dengan hasil usahasama pihak @bisnesamalmbi , @hijrahselangorofficial dan @grabmy telah mewujudkan PLATS - Platform Selangor yang merupakan e-kitchen yang membolehkan rakyat Selangor membeli juadah berbuka puasa secara atas talian.

PLATS memberi maanfat langsung kepada peniaga kecil untuk menjana pendapatan di samping menyediakan juadah berbuka puasa untuk rakyat Selangor

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

www.plats.com.my

#bisnesamalmbi
#mbiselangor

(Sumber : Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Panjang)

rtm

Apakah yang akan berlaku sekiranya anda sebar berita palsu?

Anda boleh didakwa dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia (AKM) 1998 bagi kesalahan penyebaran berita palsu.

Denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya dan juga denda RM1,000 selanjutnya setiap hari kesalahan.

Teruskan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

"JUST STAY AT HOME, DUDUK DI RUMAH & JANGAN KELUAR"

Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang memastikan kita semua selamat. Andalah wira negara!

#BeritaRTM #RTM #COVID19Malaysia #PKPD #StayAtHome #DudukDiRumah #JanganKeluar #KerapBasuhTangan #Jarak1Meter #SKMM #BeritaPalsu #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitaTeguhKitaMenang

(Sumber : Berita RTM)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

tip bateri

Walaupun petrol turun harga, tapi dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perjalanan menaiki kereta kita rata-rata cuma ke kedai runcit sahaja. Selebihnya kereta direhatkan berhari-hari di rumah. Dalam keadaaan begitu, adalah 'tidak sihat' untuk komponen kenderaan terutamanya bateri.

Jadi bagaimana? Berikut merupakan tip-tip penjagaan bateri kereta ketika PKP. Moga bermanfaat.

(Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Selangor)

#PKP
#DudukRumah
#StayAtHome
#Covid19