gas

Harga Maksimum Runcit Bagi Barangan Harga Terkawal (Gas Petroleum Cecair)

#KPDNHEP #JomKongsiFakta #StaySafe #StayAtHome #Covid19

(Sumber : KPDNHEP-Laman Rasmi )

portal selangor

Jika anda layari Portal Selangor www.selangor.gov.my baru-baru ini, atau anda pelawat baru, jangan terkejut dengan efek khas skrin-gelap-seketika atau kami panggil Screen Highlighter yang akan menunjukkan PAUTAN PROMOSI kepada 2 pautan khas iaitu :


1. Informasi Covid-19 Selangor DAN
2. Pakej Rangsangan Selangor Prihatin

.
Efek skrin ini bermula sejak PKP1 
Secara ringkasnya, berikut pautan terus (Shortcut Link) ke page khas tersebut:

Pautan Khas 1 : INFORMASI COVID-19 SELANGOR
Shortcut URL : https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/covid19
- Live Feed Dashboard Statistik,
- Informasi Team Selangor Taskforce,
- Informasi Covid-19,
- Ujian Diri (Self-Assessment),
- Live Feed dari Twitter KKM & DOC

Pautan Khas 2 : PAKEJ RANGSANGAN SELANGOR PRIHATIN --> URL : https://www.selangorprihatin.com/
- Ada senarai pakej rangsangan Selangor yang diumumkan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor
- Ada 2 permohonan Online di situ iaitu untuk Bantuan Khas Penjaja DAN Bantuan Khas Pesakit Covid-19 Selangor
- Laman web khas ini diurus oleh Selgate Corporation

.
Semoga informasi yang disediakan di Portal Selangor bermanfaat kepada semua warga Selangor.
Terima kasih meluangkan masa membaca catatan kami.

#PortalSelangor
#BukanPopupBiasa
#PromosiKandunganPortalSelangor
#SelangorGempurCovid19
#PerkongsianIlmuTeamITBelakangTabir.aka.#FrontlinerUntukSelangorTaskForce

(Sumber : Selangor State Government )

mysejahtera

Salam sejahtera dan salam hormat!

Sudahkah anda memuat turun aplikasi mobil MySejahtera?
Antara fungsi MySejahtera adalah:

1. Mengetahui risiko anda terhadap jangkitan COVID19.
2. Melakukan pemeriksaan kendiri dari masa ke semasa.
3. Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang COVID19 di Malaysia dan dunia.
4. Mengetahui dan mencari hotspot COVID19 di sekitar anda.

Pengguna yang pernah berdaftar, anda perlu mengemas kini (update) aplikasi ini untuk menikmati ciri-ciri terbaru.

Pengguna-pengguna baru kini boleh muat turun dan mendaftar melalui aplikasi tersebut.
Ini adalah aplikasi rasmi untuk tujuan menghentikan penyebaran Covid-19 oleh Kerajaan Malaysia.

Marilah bersama kita membanteras penularan wabak COVID19 melalui teknologi!

IOS:

https://apps.apple.com/my/app/mysejahtera/id1504055630

Android:

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera

Huawei :

https://appgallery.cloud.huawei.com/marketshare/app/C101930603?locale=en_GB&source=appshare&subsource=C101930603

#klikdenganbijak
#malaysiaictvolunteer
#COVID19
#KKM
#MAMPU
#MCMC
#MKN
#MySejahtera

penjaja berlsesen

Ucapan daripada YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pagi ini, 15hb April, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah mendapat maklumbalas terkini berkenaan status insentif RM500 one-off kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin. Mengambilkira perkembangan semasa, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk meluaskan manfaat insentif ini kepada peniaga berlesen yang menyewa premis PBT untuk kategori Pasar Tani, Kiosk, Semua Jenis Gerai, Medan Selera dan Pasar Awam yang dikuatkuasakan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, UUK Pasar dan UUK Establishment Makanan sahaja.

Manfaat ini terhad kepada lesen sah tahun 2020 yang diluluskan sehingga 20 Mac 2020. Kerajaan Negeri turut bersetuju agar tempoh permohonan dilanjutkan sehingga 7 Jun 2020.

Di kesempatan ini, saya ingin mengingatkan semua untuk sentiasa mengamalkan amalan kebersihan yang baik seperti sering mencuci tangan dan melakukan penjarakan sosial demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3 yang bermula hari ini.

#SelangorGempurCovid19 #StayAtHome #KitaJagaKita

YAB Dato’ Seri Amirudin Shari
Dato’ Menteri Besar Selangor

(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam)