food rider

Semua penghantar makanan persendirian DIMESTIKAN berdaftar dengan MDSB.

Permohonan pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan https://forms.gle/xCEcXgeSeQmcaB8k7

Kad perakuan daftar akan dikeluarkan kepada pemohon dan hendaklah dibawa dan dipakai/dipamerkan semasa menjalankan kerja-kerja penghantaran makanan.

(Sebanyak RM10 dikenakan bagi bayaran proses KAD DAFTAR tersebut).

Sebarang pertanyaan boleh menghantar pesanan ke messenger fb mdsb atau menghubungi pejabat MDSB melalui talian 0332241000 atau 0332241655, dari jam 9 pagi hingga 4 petang bermula esok pagi.

(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam)

kwsp epf

Kerajaan mendengar maklumbalas tuan-tuan dan puan-puan. Sehubungan itu, dari maklumbalas yang diperolehi, beberapa isu berbangkit telah berjaya diselesaikan merentasi termasuk isu

(1) elaun khas kepada veteran Angkatan Tentera yang tidak berstatus pencen;

(2) memudahcara kriteria permohonan elaun untuk petugas barusan hadapan; dan

(3) mempercepat proses dan persediaan projek berskala kecil demi kelangsungan ekonomi

#prihatin
#prihatinrakyat
#Laksana

(Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia)

ekitchen

Negeri Selangor memperkenalkan dua (2) platform e-dagang khas sempena Ramadan iaitu
GRAB Selangor; dan
Platform Selangor (PLATS).

Platform e-kitchen adalah bertujuan untuk membuka peluang usahawan Selangor berniaga secara online sepanjang bulan Ramadan ini.

E-kitchen akan menetapkan 𝐒𝐄𝐓 πŒπ€πŠπ€ππ€π dan diletakkan di 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 ππ„ππ†π”πŒππ”π‹π€π bagi memudahkan proses penghantaran makanan kepada pelanggan. Set yang ditetapkan itu dapat menjimatkan kos penghantaran kepada pelanggan.

77 pusat pengumpulan (distribution centre) yang terdiri daripada 10 dewan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 67 restoran yang akan menyediakan juadah Ramadan di seluruh Selangor.

Juadah tersebut akan dihantar oleh π‘π€πŠπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑 seperti GRAB, Bungkus, Mr. Speedy, Zepto Express dan MatDespatch.

Kesemua pusat ini akan mematuhi penjarakan sosial dan amalan kebersihan yang ketat sementara peniaga telah dipastikan mendapat suntikan pelalian typhoid seperti yang digariskan dalam SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan PBT.

Konsep β€˜e-kitchen’ ini hanya berfungsi sebagai pusat pengumpulan sahaja. Tiada sebarang aktiviti memasak akan dibuat di pusat pengumpulan tersebut dan sebarang bentuk pembelian secara β€˜Walk-in’ juga tidak dibenarkan.

Pendaftaran peniaga dan tempahan makanan boleh dibuat di http://www.plats.com.my/

Pesanan boleh dibuat bermula jam 10 malam hingga jam 1 tengah hari, sebelum penghantaran dilakukan jam 2 petang hingga 7 malam

Hantaran terdahulu:https://www.facebook.com/…/a.56501488054…/1102291993484193/…

#eKitchen
#Ramadan
#PakejRangsanganSelangorPrihatin
#DudukRumah
#Covid19

(Sumber: Media Selangor / TVAlhijrah)

sebenarnya

Jadilah pengguna bijak dengan menentusahkan sesuatu maklumat sebelum sebar. Cuba fahami dan nilai sumber yang anda dapat.

Layari http://sebenarnya.my/ untuk memastikan maklumat yang diterima betul-betul tepat sebelum kongsi.

#BeritaPalsu
#EtikaMediaSosial
#KlikDenganBijak
#MCMC
#Sebenarnyamy
#TidakPastiJanganKongsi

(Sumber : SKMM)