http://tebukhjyusuf.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan?start=50#sigFreeIdb4505a94e0
Menarik tentang restoran ini adalah mereka menyajikan menu hidangan berasaskan tradisi masyarakat Jawa. Warga Daerah Sabak Bernam terkenal dengan komuniti Jawa dan separuh daripada penduduk di sini adalah golongan Jawa. Sudah pasti restoran ini menjadi pilihan bagi yang menggemari masakan Jawa. Terletak di tengah-tengah Pekan Sungai Besar dan lebih kurang 3km dari Pusat Internet Komuniti Tebuk Haji Yusuf. Pelbagai menu makanan tengahari seperti gulai-gulai, sup, pelbagai sambal, bubur, nasi ambeng dan sebagainya.
Alamat :
Jalan Bunga Loceng Kuning, Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor
No.Telefon:
017-340 4916
Waktu Operasi :
Setiap hari (10.00 am - 5.00 pm)
(Sumber : Restoran Lela Best Nasi Ambe'ng III)
Peniaga restoran perlu memastikan premis makan mereka mempunyai papan tanda larangan merokok serta tidak meletakkan sebarang bekas abu rokok di atas meja makan. Perokok pula perlulah berada jauh dari premis makan.
Ini adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak ketika berada di premis makan.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
http://tebukhjyusuf.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan?start=50#sigFreeIdf1a3f2badd
Restoran cawangan baru yang dibuka di Pekan Sungai Besar menawarkan hidangan masakan cina. Kelainannya di restoran ini, pelanggan boleh melihat sendiri mee ditarik dan dihiris oleh tukang masak cina muslim. Makanan yang sedap dan asli menjadi kegemaran pelanggan yang berkunjung disini.
Alamat :
No 1, Jalan Bunga Orkid Sungai Besar Sentral 45300 Sungai Besar, Selangor, Malaysia
No.Telefon :
010-901 6531
Waktu Operasi :
10.00am - 10.00pm
(Sumber : Mee Hiris China Muslim Sungai Besar )
http://tebukhjyusuf.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan?start=50#sigFreeId3aab989d4a
Menyajikan hidangan bertemakan nasi ayam sebagai menu utama di restoran ini. Pelbagai menu set yang disediakan seperti set nasi ayam, set mee wantan dan lain-lain. Restoran ini sentiasa menjaga kualiti dan kuantiti makanan, menitikberatkan kebersihan dan menjaga kepuasan pelanggan. Bagi yang meminati nasi ayam, disinilah restoran kegemaran yang sering dikunjungi bersama keluarga.
Alamat :
Jalan Mahsuri, 45300 Sungai Besar, Selangor
No. Telefon :
019-289 3377
Waktu Operasi :
Setiap Hari (10.00 am - 10.00 pm)
(Sumber : Restoran fs hainan sungai besar )