Restoran mamak yang paling digemari oleh pengunjung tidak kira warga Sungai Besar malahan pengunjung dari luar. Restoran ini menyediakan menu makanan yang enak dari sarapan pagi sehinggalah makan malam. Pelbagai menu yang biasa digemari oleh orang ramai seperti roti canai, tosei, chapatti, ayam goreng berempah dan pelbagai lagi. Disini juga menyediakan makanan berlauk untuk santapan pada waktu tengahari. Harga yang berpatutan, ruang makan yang selesa, berhawa dingin dan mesra untuk warga emas menjadikan restoran diminati oleh pengunjung.

 

Alamat :

1600, Jalan Bunga Siantan, Taman Gembira, 45300 Sungai Besar, Selangor

 

Waktu Operasi :

Setiap Hari  (8.00 am - 12.00 pm)

 

(Sumber : https://www.facebook.com/pg/RestoranSriKassim)

 

Bomkies adalah sebuah jenama dalam industri F&B yang gah di Sungai Besar, Selangor. Rata-rata pelanggan yang dah mencuba Bomkies pasti memuji keenakan makanan, portion hidangan dan harganya yang berpatutan. Menjual makanan western, sarapan pagi, tengahari, kek dan pelbagai juadah yang disajikan untuk para pelanggan yang rata-ratanya warga Daerah Sabak Bernam.

Bagi yang tidak tahu dimana lokasi Bomkies ini senang sahaja, terletak di dalam perkarangan Majlis Daerah Sabak Bernam. Waktu operasi, sarapan pagi 7.30 am -10.30 am (Isnin hingga Jumaat). Makan tengahari pada pukul 11.30 am - 5.00 pm (Isnin hingga Khamis)

(Sumber : https://www.facebook.com/Bomkies/?rf=1140194699495886)

bekalan makanan di selangor

Perkhidmatan Bekalan Makanan di SELANGOR. Tidak boleh makan di restoran.

#COVID19
#CuciTangan
#SelangorGempurCovid19

(Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Selangor)

usahawan

Nak cari Roti John? Murtabak ? Like page dibawah untuk info lanjut. Gerenti sedap dan nak order berkali-kali ðŸ˜‰ Sokong usahawan tempatan

Kredit Fb Page : Din Vnd

dilarang merokok

Kedai makan akan beroperasi esok. Jangan lupa semua tempat makan adalah tempat dilarang merokok

(Sumber : KKM)